Soalan Bocor: Polis Siasat SOP Pengendalian UPSR

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis kini menyiasat prosedur operasi standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk mencari kebocoran yang berlaku dalam pengendalian soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng hari ini berkata polis sedang giat meneliti aspek itu dan sedang mengumpul keterangan daripada individu berkaitan.

"Polis masih dan sedang giat mengumpul keterangan serta meneliti SOP untuk melihat di mana kebocorannya," katanya dalam kenyataan, Ahad.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

Gan berkata polis telah memanggil tiga guru semalam untuk diambil keterangan berhubung insiden itu, menjadikan 10 individu telah diambil keterangan termasuk enam pegawai LPM dan seorang wartawan.

"Beri peluang kepada polis tumpu kepada siasatan dan harap orang ramai memberi bantuan jika ada maklumat dan salurkan kepada polis. Mana-mana pihak diminta jangan buat spekulasi," katanya.


Tags / Kata Kunci: UPSR , Polis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan