UPSR Bocor: Individu Terlibat Tidak Akan Dilindungi

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 8:30 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka. 

"Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain.

"Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan.
 
"Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini Ahad.

Dalam pada itu, polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak pada Ahad berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan itu. 

Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai.

Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ditanya sama ada pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mendaftar pasukan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahmad Zahid berkata: "Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri cara terbaik untuk menyerap orang-orang ini dalam pertubuhan sah". 

Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan ROS.
Tags / Kata Kunci: UPSR , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan