Cemburu Punca Letupan Bom Di Kg Baru Subang

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 5:28 PM

Keadaan Kereta Toyota Vios kepunyaan mangsa, May Lun, 40, yang terkena sebutir bom di kawasan rumahnya sekitar jam 6.45 pagi Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapati kejadian letupan bom di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh semalam, dipercayai bermotifkan cemburu seorang bekas anggota tentera terhadap isterinya, yang berkenalan dengan seorang lelaki lain. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata polis percaya cemburu adalah motif kejadian itu selepas menyoal siasat bekas anggota tentera itu, 50, yang ditahan di Pangsapuri Pahlawan 2 Taman Tun Perak, di sini, Sabtu.

Beliau berkata kenalan lelaki isteri suspek berkenaan adalah sepupu kepada mangsa, Chong May Lun, 40 yang hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup di bawah keretanya semasa melalui Kampung Baru Subang pagi Sabtu.

"Suspek menuduh sepupu kepada mangsa membawa lari isteri suspek dan polis percaya individu yang meletakkan bom itu mempunyai niat untuk mencederakan sepupu mangsa," katanya.

Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk belakang.

Mengenai tangkapan suspek berkenaan, Junaidi berkata polis menahan lelaki itu 15 jam selepas insiden letupan itu berlaku dan turut dirampas ialah dua buah telefon bimbit, dua sim kad telefon serta dua kereta, jenis Myvi dan Honda Civic.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tags / Kata Kunci: letupan bom , cemburu , kg baru subang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan