Kertas Soalan UPSR Bocor: Perimau Lapor Polis

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 2:00 PM

Reaksi pelajar yang terpaksa menduduki semula ujian Bahasa Inggeris dan Sains akibat soalan bocor.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Pemuda Puteri Melayu Bersatu (Perimau) membuat laporan polis berhubung kebocoran soalan dua kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.


Laporan dibuat Pengerusi Perimau, Mohd Ridhwan Othman di Balai Polis Dato' Onn di sini.

Turut hadir, Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang Roszaidi Ramlee dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya, Mad Johan Jamian.

Berikutan kebocoran soalan itu, calon perlu menduduki kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.

Mohd Ridhwan berkata, Perimau berharap polis dan agensi yang terlibat melakukan siasatan terperinci agar dalang disebalik kejadian ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, laporan itu dibuat bagi mewakili suara komuniti guru, ibu bapa dan pelajar UPSR yang mahu menzahirkan rasa kecewa dan marah terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah memalukan negara.

Dalam masa yang sama, Mohd Ridhwan berkata, persatuan turut memberi sokongan yang padu kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani isu itu.




Tags / Kata Kunci: Perimau , UPSR

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan