Lembu Mati, Kereta Remuk Akibat Berlanggar Di SKVE

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 10:03 AM

Toyota Vios remuk teruk akibat pelanggaran dengan lembu yang berkeliaran di SKVE, malam Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pelanggaran antara Toyota Vios dan lembu yang berkeliaran di Kilometer 0.8 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di laluan arah ke Putrajaya pada malam Jumaat.


Lembu berkenaan dipercayai dari ladang berhampiran Hospital Serdang memasuki laluan tengah SKVE apabila kenderaan itu terlanggarnya pada kira-kira pukul 8.30 malam. Lembu itu mati di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu, pegawai kewangan Muhamad Shukri Abdullah berkata, beliau tidak sempat membrek apabila pemanduannya dikejutkan dengan kehadiran lembu di lorong tengah lebuh raya itu.

"Lembu itu melambung ke kereta saya dan menyebabkan cermin depan pecah sebelum ia jatuh ke jalan.



"Muka saya pula cedera akibat terhentak ke cermin yang pecah itu," katanya.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai bank, Ahmad Uwais, 25, membuat panggilan kecemasan itu selepas menyaksikan kemalangan itu sebelum ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian.

"Ini bukan kali pertama lembu berkeliaran dan menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan ini.

"Sepatutnya pemilik haiwan itu menjaga ternakannya supaya tidak merayau-rayau ke jalan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya," katanya.


Tags / Kata Kunci: lembu , SKVE

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan