UPSR: Polis Ambil Keterangan Tujuh Individu - Berita Jenayah | mStar

UPSR: Polis Ambil Keterangan Tujuh Individu

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

"Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," katanya kepada Bernama.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.


Tags / Kata Kunci: UPSR , keterangan , polis
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan