Polis Marin Tumpas Kegiatan Seludup Rokok

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok pelbagai jenis, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata sehubungan dengan itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia linkungan 23 hingga 39 tahun dalam tangkapan pada pukul 11.30 malam Rabu.

Khiu berkata pihaknya mengesan sebuah bot yang mencurigakan melalui kawasan perairan itu dari arah negara jiran menuju ke Pantai Parit Botak.

"Anggota polis marin telah menghampiri bot berkenaan untuk membuat pemeriksaan tetapi mereka telah memecut dan cuba melarikan diri. Kami berjaya menahan bot berkenaan setelah mengejarnya selama 15 minit," kata beliau pada sidang media di sini, Khamis.

Khiu berkata pihaknya turut merampas kira-kira 39,400 kotak rokok pelbagai jenis dengan anggaran nilai cukai sebanyak RM346,459.68.

"Kami percaya kesemua rokok tersebut akan diedarkan sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia kerana rokok itu dijual jauh lebih murah pada harga RM3 hingga RM5 sekotak, berbanding kenaikan harga sekotak rokok yang telah ditetapkan pada masa ini," kata beliau.

Ketiga-tiga suspek itu kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang kontraban tanpa kelulusan daripada Jabatan Kastam dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah.

Khiu berkata ini merupakan kejayaan yang kesembilan oleh polis marin melibatkan sindiket penyeludupan rokok ke negara ini.

Sehingga kini, jumlah rokok seludup yang berjaya dirampas hampir mencecah setengah juta kotak rokok dengan anggaran nilai cukai RM5 juta, kata beliau.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan