Rasuah: Lagi Pegawai Kastam Ditahan, Reman 11 Anggota Dilanjut

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan berkata individu berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada Selasa.

"Hari ini mahkamah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam," kata SPRM pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM turut memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat yang ditahan sebelum ini.

"Enam daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama tujuh hari termasuk seorang 'Datuk' dan empat lagi disambung reman sehingga esok (Khamis).

"Dalam pada itu seorang lagi pegawai yang juga bergelar 'Datuk' disambung reman selama enam hari," katanya.

SPRM sebelum ini mendedahkan menahan 22 individu, termasuk seorang Pengarah JKDM negeri yang disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Daripada jumlah itu, 12 daripada mereka merupakan pegawai JKDM manakala 10 lagi merupakan pemilik syarikat dan ejen mereka serta pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan