Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan enam buah rumah di Kampung Nelayan Bagan Cina, Kuala Gula, Kuala Kurau, kira-kira 110 kilometer dari sini awal pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Sharif Aziz berkata mangsa wanita, Ong Kuai Choon, 76, maut di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam rumah.

Beliau berkata pihaknya mendapat bantuan dari tiga balai bomba iaitu Kuala Kurau, Bagan Serai dan Parit Buntar selain empat pasukan bomba sukarela untuk memadam kebakaran di tempat kejadian.

"Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.25 pagi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhya pada pukul 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Sharif berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian DSP Mohd Radzuan Bachik berkata kebakaran itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.40 pagi dan mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik oleh pasukan penyelamat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, katanya. 


Tags / Kata Kunci: Ipoh , Kuala Gula

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan