Sindiket Proses, Edar Dadah Dipercayai Babit Anggota Kongsi Gelap Lumpuh

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 4:22 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis melumpuhkan sindiket memproses dan mengedar dadah sintetik berikutan penahanan 10 anggota kumpulan kongsi gelap termasuk seorang wanita dalam 11 serbuan di sebuah ladang kelapa sawit dan beberapa premis lain di sekitar negeri ini, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan itu adalah hasil pemerhatian polis sejak awal tahun.

Katanya serbuan yang dilancarkan mulai 5 pagi itu melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

"Serbuan merangkumi satu makmal memproses dadah di dalam ladang kelapa sawit di Labis dekat Segamat, stor simpanan dadah di bandar raya ini dan beberapa rumah serta hotel di sekitar bandar raya ini, Kulaijaya, Kluang dan Segamat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, Selasa.

Noor Rashid berkata kesemua dadah dianggarkan bernilai RM11 juta mengikut harga pasaran yang merangkumi 36 kilogram cecair syabu yang dirampas di makmal, 36 kilogram syabu yang dirampas di stor simpanan manakala empat kilogram heroin serta 6,109 biji pil Eramin 5 dirampas di beberapa rumah.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur 22 hingga 47 tahun dan daripada sembilan lelaki terbabit, seorang daripadanya merupakan warganegara India manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah.

Noor Rashid berkata siasatan mendedahkan sindiket itu melibatkan anggota kumpulan kongsi gelap Geng 36 dan Geng 21 manakala ladang kelapa sawit berkenaan kepunyaan sindiket terbabit.

Menurut beliau, selain dadah, polis turut merampas sepucuk pistol jenama Glock berserta kelopak berisi tujuh butir peluru 9mm yang dipercayai milik seorang daripada mereka.

Polis turut menyita sejumlah harta bernilai RM1.5 juta yang merangkumi wang tunai berjumlah RM38,647, sebanyak 17 kenderaan bernilai RM1.22 juta, barangan kemas bernilai RM259,306 serta tujuh jam tangan bernilai RM6,750.

"Rampasan dadah yang dipercayai untuk edaran tempatan, Indonesia dan Singapura itu merupakan yang terbesar tahun ini. 

Katanya kesemua mereka kini direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: kongsi gelap , sindiket , dadah

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan