Ibu Empat Anak Terkejut Dinding Rumah Dipenuhi Kesan Tembakan

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Seorang ibu dan empat orang anaknya terkejut apabila mendapati pintu pagar dan dinding rumahnya dipenuhi kesan tembakan.

Pihak polis berkata, jiran mangsa yang berusia 48 tahun terdengar bunyi bising di luar rumahnya di Taman Seri Bertam pada pukul 3 pagi Isnin.

Apabila dia keluar dari rumahnya, dia melihat sebuah kereta meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Dia seterusnya menelefon jirannya (rumah mangsa), yang sedang tidur ketika kejadian tembak itu berlaku.

Suri rumah berusia 33 tahun itu bergegas keluar ke rumahnya dan terkejut melihat dinding depan dan pintu pagarnya berlubang, kesan tembakan.

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai lapan kesan tembakan di dinding dan pagar.Tambah beliau, wanita itu seterusnya menelefon suaminya,35, yang berada di Tikam Batu, kedah.

"Suaminya, seorang penternak ayam terus pulang dan membuat laporan polis," jelasnya.

ACP Abdul Rahman berkata, wanita dan empat anaknya itu yang berumur di antara setahun hingga 13 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tags / Kata Kunci: rumah kena tembak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan