Beli Asrama Di Mesir: MB Terengganu Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 5:30 PM

Ahmad Nidzam (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Selasa membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang disebarkan terhadapnya oleh pihak pembangkang menerusi kes pembelian bangunan Asrama Mansurah di Mesir utuk pelajar tajaan Yayasan Terengganu pada 2010.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Khas beliau Ahmad Nidzam Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pada kira-kira 1 petang Selasa.

Turut mengiringi Ahmad Nidzam ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Ustaz Rusdi Muda dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fauzan Abdul Kadir.

Ahmad Nidzam berkata pihaknya mengenal pasti tiga bentuk fitnah iaitu menerusi laman sosial Facebook, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan laman Youtube.

Menurut laporan polis itu, pada 2 September lepas, satu laman sosial Facebook yang berdaftar menggunakan nama Roslan Bin Abdullah memuat naik status berunsur fitnah dan hasutan terhadap Ahmad Razif.

Status itu mendakwa satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap Ahmad Razif yang ketika itu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri berkaitan pembelian bangunan asrama di Mesir berharga kira-kira US$6 juta pada 2010.

Selain itu, fitnah berkenaan turut disebarkan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada orang awam daripada nombor yang tidak dikenali serta menerusi Youtube yang memaparkan petikan ceramah Ambang Merdeka oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Payong, Mohamad Nor Hamzah.

Ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu itu yang dimuat naik ke Youtube yang berdurasi 28 minit 40 saat dan menyentuh isu pembelian asrama itu di Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu pada 30 Ogos lepas.

Ahmad Nidzam berkata Menteri Besar Terengganu itu akan membuat kenyataan lanjut mengenai isu itu esok.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan