Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Bandar Utama, Damansara di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira 2.00 petang.

"Menurut maklumat awal, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan berjaga pagi tadi kira-kira jam 9.30 sebelum dihantar ke pusat itu yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

"Difahamkan sejak kecil, bayi tersebut telah dihantar ke pusat itu yang diusahakan oleh seseorang yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pusat yang beroperasi pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga jam 7 malam itu mempunyai enam pengasuh kanak-kanak dan seramai 29 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan pengasuh-pengasuh tersebut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.

Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.

Tags / Kata Kunci: Damansara , Pusat Asuhan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan