Pasangan Kekasih Dalang Curi Kenderaan Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 1:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menumpaskan sindiket curi kereta mewah selepas menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Taman Plentong, Masai, di sini, akhir bulan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasangan kekasih itu diberkas di sebuah bengkel kenderaan di kawasan perumahan tersebut pada 3 petang, 31 Ogos lepas.

"Bertindak atas maklumat orang awam, polis membuat serbuan di bengkel itu dan menahan kedua-duanya yang berumur 47 dan 48 tahun.

"Polis turut menemui sebuah kereta Toyota Lexus, Volkswagen Beetle, Toyota Harrier serta Toyota Vellfire yang disimpan di bengkel itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Isnin.

Mohd Mokhtar berkata pemeriksaan mendapati Toyota Lexus tersebut dilaporkan hilang di Klang, Selangor manakala Volkswagen Beetle pula dilaporkan hilang di Pudu, Kuala Lumpur.

Mohd Mokhtar berkata sekurang-kurangnya 10 kes curi kenderaan berjaya diselesaikan dengan penahanan mereka dan siasatan lanjut terhadap bengkel serta sindiket itu sedang dilakukan.

Katanya kedua-dua suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod jenayah itu, kini direman.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama enam butir peluru dalam sebuah pondok di ladang kelapa sawit, di Nusajaya, Khamis lepas.

Beliau berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan pada 5.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat awam.

"Lelaki itu mempunyai rekod bersabit dadah manakala ujian air kencing menunjukkan dia positif methamphetamine. Dia kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.


Tags / Kata Kunci: Johor , Polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan