Suami Isteri Maut, Anak Perempuan Parah Kemalangan Di Merapoh

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 59 Jalan Lipis-Merapoh di Kuala Lipis, Pahang awal pagi Isnin.

Dalam kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu, pasangan suami isteri, Muhamad Zulfahmi Awang, 24 dan Siti Zulaikha Mohd Zaha, 21, maut di tempat kejadian manakala anak mereka, Nur Fatin Irdina, 2, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Raub menaiki kereta jenis Hyundai Getz manakala bas ekspres terbabit dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Menurutnya, ketika melalui tempat kejadian, kedua-dua kenderaan telah bertembung dan menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

"Berikutan itu, Muhamad Zulfahmi yang memandu kereta tersebut dan isterinya Siti Zulaikha yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia akibat tersepit.

"Anak mereka pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya pada Isnin.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, keadaan lokasi kemalangan gelap manakala laluan berselekoh.

"Mangsa, Muhamad Zulfahmi yang berkerja sebagai penjual ikan dan isteri berasal dari kampung sama iaitu Kampung Anak Ikan Dalam, Jerteh.

"Kita masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: Merapoh , Lipis , Pahang , Polis , Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan