Sindiket Curi Kereta Tumpas, Pasangan Kekasih Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 1:45 PM

Mohd Mokhtar Mohd Shariff

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menumpaskan sindiket curi kereta mewah selepas menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Taman Plentong, Masai akhir bulan Ogos.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasangan kekasih itu diberkas di sebuah bengkel kenderaan di kawasan perumahan tersebut pada 3 petang, 31 Ogos lepas.

"Bertindak atas maklumat orang awam, polis membuat serbuan di bengkel itu dan menahan kedua-duanya yang berumur 47 dan 48 tahun.

"Polis turut menemui sebuah kereta Toyota Lexus, Volkswagen Beetle, Toyota Harrier serta Toyota Vellfire yang disimpan di bengkel itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Isnin.

Mohd Mokhtar berkata pemeriksaan mendapati Toyota Lexus tersebut dilaporkan hilang di Klang, Selangor manakala Volkswagen Beetle pula dilaporkan hilang di Pudu, Kuala Lumpur.

Mohd Mokhtar berkata sekurang-kurangnya 10 kes curi kenderaan berjaya diselesaikan dengan penahanan mereka dan siasatan lanjut terhadap bengkel serta sindiket itu sedang dilakukan.

Katanya kedua-dua suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod jenayah itu, kini direman.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama enam butir peluru dalam sebuah pondok di ladang kelapa sawit, di Nusajaya, Khamis lepas.

Beliau berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan pada 5.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat awam.

"Lelaki itu mempunyai rekod bersabit dadah manakala ujian air kencing menunjukkan dia positif methamphetamine.

Dia kini direman sehingga Khamis iniuntuk siasatan lanjut," katanya.

Tags / Kata Kunci: curi kereta , tumpas , pasangan kekasih

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan