1, 750 Rugi RM68 Juta Jadi Mangsa Penipuan 'Cinta Internet'

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

SERAMAI 1,750 rakyat di negara ini menjadi mangsa penipuan 'cinta Internet' membabitkan kerugian RM68.3 juta sejak Januari 2013.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita.

"(Pada 2013) seramai 750 mangsa adalah wanita manakala 345 lagi terdiri daripada golongan lelaki," katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Mortadza menasihatkan golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita berusia untuk tidak terpedaya dengan kenalan baharu di laman sosial.

Beliau turut meminta mereka untuk tidak memberikan wang tunai atau barangan kepada individu tidak dikenali.

Jelasnya, sindiket penipuan itu menggunakan modus operandi yang sama untuk memperdayakan mangsa dengan mendakwa mereka adalah ahli perniagaan dari United Kingdom atau Amerika Syarikat.

Mortadza turut menggesa penduduk tempatan untuk tidak menyerahkan akaun bank atau kad ATM kepada orang lain kerana takut mereka menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan terbabit.

Tags / Kata Kunci: sindiket penipuan , cinta Internet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan