Empat Pelajar Nigeria Antara Enam Ditahan, RM2.7 Juta Syabu Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 4:56 PM

Noor Rashid bersama syabu yang dirampas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas 13.5 kilogram syabu bernilai RM2.7 juta daripada enam suspek termasuk empat pelajar kolej swasta warga Nigeria.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid berkata mereka yang berumur antara 27 dan 44 tahun itu ditahan semalam dan Selasa lalu.

Beliau berkata syabu itu diseludup masuk ke negara ini menggunakan perkhidmatan kurier.

"Pada Selasa, tiga warga Nigeria ditahan di sebuah syarikat kurier di Sri Damansara dan syabu seberat 7.04 kilogram dirampas. Susulan tangkapan itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang warga Nigeria di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya Khamis.

"Polis melakukan pemeriksaan ke atas 69 buah beg yang 17 buah daripadanya mengandungi 6.5 kilogram dadah jenis syabu," katanya.

Noor Rashid berkata syabu itu dipercayai dari China untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Kesemua suspek didapati negatif dadah dan mereka direman selama tujuh hari, katanya.

Tags / Kata Kunci: syabu , Datuk Noor Rashid

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan