Pasukan Keselamatan Haram Berpotensi Jadi Ejen Menentang Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:15 PM

Tun Haniff Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan yang tidak berdaftar atau haram yang menggunakan kuasa ala 'polis' dilihat berpotensi menjadi ejen untuk menentang kerajaan pusat, kata bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar.

Beliau berkata penyalahgunaan kuasa serta tindakan agresif pasukan itu juga boleh menggugat ketenteraman awam, dan akhirnya mungkin membawa kepada berulangnya tragedi hitam 13 Mei 1969.

"Saya berpendapat dengan adanya pasukan sedemikian mungkin ia boleh dilihat sebagai satu ketumbukan yang sedang diaturkan untuk menentang kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya kepada Bernama.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana pasukan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hasil siasatan polis mendapati empat yang ditahan itu positif dadah, 11 didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah antaranya ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan seorang merupakan anggota kongsi gelap dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Haniff berkata tindakan agresif ala gangster yang didakwa dilakukan anggota pasukan keselamatan haram itu harus dibendung oleh pihak berkuasa keselamatan bagi memastikan hak keselamatan orang awam lebih terjamin.

"Mereka (pasukan keselamatan haram) dikatakan mempunyai kecekapan dalam latihan senjata seperti cota dan kuasa seperti 'polis' dan jika mereka bertindak mengikut perasaan, pasti menjejaskan keamanan.

"Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku dan rakyat akan berasa tidak selamat," katanya.

Haniff berkata lebih membimbangkan pengambilan anggota pasukan itu tidak mempunyai mekanisme tapisan bagi menentukan setiap anggotanya bersih daripada penglibatan jenayah.

Ini boleh menyebabkan penjenayah menyelinap masuk dan bersembunyi dalam pasukan keselamatan itu, katanya.

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata PPS perlu mendaftar dengan ROS sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti yang melibatkan soal keselamatan negara.

"Mereka tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya kerana soal keselamatan dan keamanan negara terletak di bawah bidang kuasa PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kerajaan pusat.

"PPS juga tidak sepatutnya mencabar PDRM dalam pertikai kuasa polis, mereka perlu berhemah dengan PDRM dan bukannya mencabar PDRM secara kasar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tags / Kata Kunci: PPS , Tun Haniff Omar

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan