Graduan Luar Negara Ditahan, Bongkar Makmal Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dipercayai dalang sindiket memproses dan pengedaran dadah ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.93 juta dalam operasi di sini Khamis.

Operasi pada 12.10 tengah malam itu, menyaksikan polis membongkar sebuah rumah banglo yang dijadikan tempat memproses makmal dadah di Greenlane di sini, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.

"Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal di Jelutong dan polis menemui dadah jenis syabu seberat 6.7 gram pada lelaki itu. Dia mempunyai kelulusan ijazah sarjana dari sebuah universiti luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah apartmen milik lelaki terbabit di Jelutong dan merampas syabu seberat 121 gram serta lapan biji pil ekstasi.

Polis kemudian menyerbu sebuah banglo di kawasan Greenlane di sini dan menahan seorang wanita Vietnam berusia 51 tahun dipercayai ibu mertua lelaki berkenaan, katanya.

"Dalam serbuan itu, polis berjaya membongkar makmal memproses dadah...setiap bilik di rumah itu dilengkapi pelbagai peralatan untuk memproses dadah jenis syabu, heroin, pil ekstasi dan pil yaba," katanya.

Thaiveegan berkata di rumah banglo itu, polis merampas heroin seberat 4.769 kilogram (kg), syabu (1.973kg), minyak meth (tiga liter), pil ekstasi (4,490 biji), pil eramin 5 (1,100 biji), pil yaba (2,400 biji) dan serbuk epherdin 33kg.

Turut dirampas sejumlah bahan kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah serta wang tunai RM26,500 dan menyita sebuah motosikal bernilai RM5,000, katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati rumah banglo berkenaan disewa oleh sindiket itu untuk dijadikan tempat memproses dan membungkus dadah sebelum diedar kepada pembekal.

Thaiveegan berkata siasatan juga mendapati sindiket itu beroperasi sejak setahun lepas dan pasaran dadahnya adalah untuk Pulau Pinang serta wilayah utara.

Polis kini sedang mengesan isteri lelaki terbabit berusia 30-an dan memburu anggota sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah itu.

"Lelaki yang ditahan itu tidak bekerja dan polis percaya dia menghasilkan sendiri dadah berkenaan kerana kami turut menemui beberapa buku untuk menghasilkan dadah," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan