Daun Ketum Akan Diwartakan Mengikut Akta Dadah Berbahaya

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.

"Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ketum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan