Pelancong Perancis Hilang Ketika Snorkeling Di Tioman

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 9:02 AM

Pulau Tioman -Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelancong Perancis hilang di Pulau Tioman, hampir tiga bulan selepas seorang rakyat Britain, Gareth David Huntley ditemui mati ketika melakukan trekking di hutan. 

Kali ini, Jerome Philippe Laurent, 24, dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Resort Berjaya Tioman, setengah jam pemanduan dari hutan di mana Huntley hilang.

Laurent dilihat melakukan aktiviti snorkeling kira-kira pukul 3 petang Selasa. Apabila dia gagal kembali ke chalet itu pada pukul 5.30 petang, ia menimbulkan kebimbangan kepada rakannya. 

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata usaha mencari dilancarkan selepas polis dimaklumkan mengenai perkara itu pada pukul 6.30 petang.

Walau bagaimanapun, carian terpaksa dibatalkan kerana masalah cahaya.

Usaha carian telah dilakukan pada Rabu melibatkan 26 anggota polis, polis marin, Jabatan Pertahanan Awam serta tiga bot Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata: "Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah melakukan apa sahaja usaha yang boleh dilakukan untuk mengesan warga asing yang hilang."

Sharifuddin berkata demikian ketika hadir melawat tapak empangan Kelau di Raub yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Rabu.

Beliau juga menggesa mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti laut seperti berenang dan snorkeling supaya pergi secara berpasangan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Mereka boleh mengawasi antara satu sama lain jika berlaku kes kecemasan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan segera," katanya.

Mayat Huntley telah ditemui pada 4 Jun di Sungai Mentawak di Pulau Tioman. 

Satu bedah siasat menunjukkan bahawa dia telah meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum penemuan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan