Enam Ditahan Berhubung Kes Curi 96 TV Dari Gudang

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

YAN: Enam lelaki yang dipercayai mencuri 96 buah televisyen dari sebuah gudang menyimpan barangan elektrik di Simpang Tiga, Sungai Limau di sini ditahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, enam suspek tersebut yang berusia 20 hingga 44 tahun yang juga merupakan bekas pekerja gudang itu ditahan pada 25 dan 26 Ogos di sekitar sini, Gurun dan Kuala Kedah.

Beliau berkata, kecurian barangan itu dikesan pemilik gudang pada 21 Jun lalu selepas melakukan audit dan membuat laporan di Balai Polis Guar Chempedak pada tarikh yang sama.

"Hasil siastan mendapati enam suspek terbabit dipercayai masuk ke gudang melalui pintu belakang, sebelum memotong pagar dan mengumpil dinding gudang dan mencuri televisyen secara berperingkat-peringkat bagi mengelak aktiviti mereka dikesan.

"Mereka mencuri 96 buah televisyen jenis LED pada bulan Mei hingga Jun lepas dan membawa keluar barangan itu dalam kuantiti yang sedikit menggunakan kereta sebelum menjualnya secara sulit kepada orang ramai terutama kenalan terdekat mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini, Rabu.

Nek Zaidi berkata, pemilik gudang kerugian kira-kira RM100,000 dan hasil siasatan mendapati seorang dari enam suspek utama mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri dalam bangunan.

Katanya, televisyen itu dijual pada harga murah dari harga asal dan suspek turut mengeluarkan resit yang turut dicuri dari kilang berkenaan bagi meyakinkan pembeli bahawa barangan itu adalah sah dan tidak dicuri.

Beliau berkata, polis turut merampas 39 buah televisyen serta menahan lima orang tengah yang dipercayai terbabit dalam urusan jual beli televisyen berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang telah membeli televisyen jenis Toshiba dan Sharp pada harga murah tetapi tidak mempunyai resit dari kedai barangan elektrik yang sah diminta untuk menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

Katanya, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Malek Majid di talian 019-4771363 atau 04-4655222 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan