Pengarah Kastam Negeri Antara 22 Dalang Sindiket Seludup Arak, Rokok - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 7:35 PM

Antara 22 dalang sindiket penyeludupan arak dan rokok yang ditahan SPRM pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri serta 11 pegawai kanan jabatan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan arak dan rokok terbesar negara.

Turut ditahan serentak dalam operasi besar-besaran yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu adalah 10 pemilik syarikat dan ejen masing-masing serta pemandu lori yang membawa barangan yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Pemeriksaan SPRM juga mengesan ratusan ribu ringgit dalam akaun setiap suspek, dipercayai hasil transaksi rasuah bagi melindungi kegiatan berkenaan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.



Penahanan serentak di Zon Perdagangan Bebas Cukai (FTZ) bagi membanteras sindiket penyeludupan barangan tidak bercukai itu dijalankan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan pihak terbabit hasil pemantauan lebih setahun di kawasan FTZ Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, kegiatan itu membabitkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di zon perdagangan berkenaan.

"SPRM percaya tangkapan ini berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," katanya petang Rabu.

Berdasarkan pemantauan SPRM, barangan yang tidak dibayar duti kastam membabitkan rokok dan arak yang diseludup untuk pasaran tempatan, manakala sebahagiannya dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang diketuai SPRM bersama pasukan petugas khas bermula Selasa itu turut disertai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.













iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan