Tiga Lekaki Ditahan, Sindiket Dadah Tumpas

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 12:00 PM

dadah
(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan tiga lelaki di Lot 56, Kampung Haji Wahed di sini pada Isnin lepas dan merampas 180 biji pil ecstasy bernilai RM14,400.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga lelaki berumur 22 hingga 33 tahun itu ditahan pada 10.10 malam dan kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan.

Katanya hasil pemeriksaan terhadap kereta Proton Wira milik seorang daripada suspek, polis menemukan pil tersebut disorok dalam sebuah kotak rokok dan diisi dalam kotak besar dan dipercayai diseludup masuk ke bandar raya ini dari Sibu.

"Kesemua 180 biji pil ecstasy itu dibungkus dalam lapan paket plastik lutsinar dan berat keseluruhan pil tersebut dianggarkan 56 gram," katanya dan menurutnya harga pasaran sebiji pil itu di sini ialah RM80 sebiji manakala di Sibu RM38 sebiji.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata, selain pil ecstasy, selaras senapang angin jenama Sharp Innova dan 91 butir peluru yang disembunyikan di dalam kompresor alat pendingin hawa turut dirampas daripada suspek terbabit.

"Senjata ini diseludup dari Indonesia, kita sekarang tengah menyiasat kenapa suspek memiliki senjata ini (tanpa permit) kerana mereka bukan petani atau pemburu," kata Stanley.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Stanley berkata, polis Miri berjaya merampas 2,023 set komputer yang digunakan untuk tujuan judi dalam talian bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas berbanding 967 set komputer pada keseluruhan tahun 2013.

"Hari ini kita melupuskan 385 set komputer, 27 modem, empat set kamera litar tertutup dan menyerahkan RM10,308 hasil rampasan dari pusat judi dalam talian kepada perbendaharaan, kita akan perangi masalah judi dalam talian ini habis-habisan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Miri , Polis , Dadah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan