Pengurus Hotel Miliki Kad Kuasa 'Perisik' KDN Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pengurus hotel ditahan reman selama empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa 'perisik' Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pukul 9.45 malam Selasa bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

"Lelaki terbabit ditahan susulan laporan dibuat seorang anggota polis di Balai Polis Banda Hilir pada 5.30 petang Selasa mengenai tindakan suspek yang didakwa menyamar sebagai penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya, berdasarkan laporan anggota polis berusia 43 tahun tersebut, lelaki terbabit menunjukkan kad kuasa berkenaan bagi mengelak pemeriksaan dalam satu serbuan bersepadu di sebuah pusat hiburan di Melaka pada 30 Ogos lepas.

Akhbar pada Rabu melaporkan, polis merampas satu kad kuasa Unit Risikan Khas KDN yang mempamerkan jawatan perisik daripada lelaki terbabit pada 31 Ogos lepas.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada Unit Risikan Khas dalam KDN dan juga tiada kad kuasa dikeluarkan kementerian itu.


Tags / Kata Kunci: kad kuasa , KDN , pengurus hotel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan