Imigresen Sangkal Aktivis Lynas Tidak Dilayan Dengan Baik

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menyangkal dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan seorang warganegara New Zealand dilayan buruk ketika ditahan sebelum diusir pada Ahad.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat berkata, Natalie Lowrey dilayan dengan baik sementara menunggu pihak AirAsia menguruskan penerbangan untuk menghantarnya kembali ke Bali.

"Kami ingin membuat penyataan bahawa sepanjang berada dalam jagaan imigresen, beliau dilayan dengan baik.

"Manakala pihak AirAsia bertanggungjawab untuk menguruskan penerbangan balik dan juga makan minum semasa menunggu pesawat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lowrey tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 31 Ogos lalu dari Bali, Indonesia melalui penerbangan AirAsia.

Namun ketika pemeriksaan, pegawai mendapati namanya disenaraikan dalam kumpulan individu yang dilarang memasuki negara ini.

"Mengikut arahan dalam notis tersebut, beliau telah dikeluarkan dengan Notis Penolakan  Masuk di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/63.

"Pegawai Imigresen telah melaksanakan proses pengurusan penolakan kemasukan warganegara asing nagara ini mengikut Standard Operating Procedures yang telah ditetapkan," jelas Aloyah.

Tambah Aloyah, pada mulanya Lowrey tidak mahu kembali ke Bali dan ingin ke Sydney, Australia.

"Tetapi mengikut prosedur antarabangsa, orang-orang yang ditolak kemasukannya hendaklah dihantar balik ke lapangan terbang yang dinaiki semasa masuk ke negara ini dan bukannya dihantar ke negara lain," jelasnya lagi.

Bagaimanapun Lowrey dihantar semula ke Bali pada Isnin lalu dengan menaiki penerbangan AirAsia QZ551 pada pukul 9.15 pagi.

Lowrey tidak dibenarkan masuk ke negara ini berikutan penglibatannya dalam demonstrasi menentang Lynas Corporation pada Jun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan