MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.

Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Aizuddin yang cedera di hidung akibat ditumbuk menunjukkan peralatan yang rosak akibat insiden itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa mengesahkan ada menerima satu laporan mengenai insiden pergaduhan di antara jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad dengan salah seorang ahli keluarga mangsa MH17.


Tajuddin berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Pusat Peringatan Nirwana Sungat Besi pada Selasa dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Dilaporkan ada insiden tolak menolak dan berlaku kekasaran.

"Peringkat awal ini kita percaya insiden ini timbul disebabkan sikap tidak berpuas hati keluarga mangsa yang inginkan sedikit 'privacy', manakala pemberita (media) pula cuba mendapat maklumat.

"Siasatan juga masih di peringkat awal bagi menentukan apa sebenarnya yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahunan 2013.

Aizuddin dikatakan sedang membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam.

Berdasarkan rakaman video dan gambar dari tempat kejadian, Aizuddin dilihat mengalami kecederaan di bahagian muka dan kerosakan pada kamera akibat ditumbuk salah seorang anggota keluarga mangsa.

Dalam rakaman video kejadian tersebut, kelihatan seorang anggota keluarga mangsa meluru dan menumbuk muka Aizuddin yang berada bersama sekumpulan jurugambar yang sedang bertugas.

Sementara itu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), mengutuk insiden ganas tersebut dan menyifatkan ia perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Sehubungan itu presidennya, Zainal Abdul Halim menggesa pihak polis mengambil tindakan segera berhubung insiden itu.

"Pergerakan dan tugas jurugambar media dalam sebuah tugasan mengikut etika kewartawanan.

"Jurugambar dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak dibenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan