Cubaan Seludup Senjata Api Di Sempadan Gagal

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 9:42 PM

Mazlan (tiga, kiri) diberi penerangan oleh Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Azmy Yahya (dua, kiri) mengenai sebahagian senjata api yang dirampas anggota tentera semasa melakukan rondaan di kawasan sempadan di Pos Kawalan Pisau Raut, Tumpat, Jumaat lalu ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Cubaan menyeludup masuk pelbagai senjata api ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Kawalan Pisau Raut, Tumpat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, senjata api yang dirampas itu ialah jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, beberapa anggota tentera yang melakukan rondaan melihat sebuah perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri tebing Sungai Golok di sempadan negara.

"Dua daripada tiga suspek yang menaiki perahu itu kemudiannya turun dari perahu dengan memikul sebuah guni.

"Menyedari kehadiran anggota tentera, dua suspek berkenaan melarikan diri dengan berenang ke arah perahu dan meninggalkan guni tersebut di tebing sungai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap guni itu membawa kepada penemuan empat laras senjata api.

"Terdapat senjata api jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

"Kesemua senjata api ini telah berkarat dan dalam keadaan berlumpur tetapi kita dapati ia masih boleh digunakan," katanya.

Mazlan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti motif utama senjata api tersebut dibawa masuk ke negara ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil untuk kita mengesan suspek," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Turut hadir Panglima 8 Briged, Brig Jeneral  Datuk Azmy Yahya. 

Tags / Kata Kunci: ATM , senjata api , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan