PPS: Polis Tahan Rayer Bantu Siasatan

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 7:21 PM

Rayer (empat dari kanan) bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan peguam beberapa jam sebelum ditahan ketika hadir di IPD Timur Laut, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer bagi membantu siasatan berhubung Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, Rayer yang merupakan pengerusi PPS di kawasan Seri Delima ditahan pada pukul 6 petang ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

"Saya juga difahamkan Rayer merupakan timbalan Pengerusi PPS Pulau Pinang, kami tahan beliau ketika hadir menguruskan pembebasan anggota PPS yang ditahan reman," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin.

Mior Faridalatrash berkata, sehingga pukul 6.30 petang ini, polis telah membebaskan 30 anggota PPS termasuk Pengerusinya Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri.

"Kami menjangkakan akan membebaskan semua anggota PPS yang ditahan malam ini," katanya.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Phee kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dua puluh satu daripada mereka dibebaskan malam Ahad, manakala selebihnya direman sehari Isnin.

Sementara itu, Pengerusi PSS dan Exco negeri, Phee Boon Poh dibebaskan oleh polis pada pukul 6.05 petang Isnin.



 

Tags / Kata Kunci: RSN Rayer , PPS , Adun Seri Delima

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan