Empat Lelaki Indonesia Ditahan, Syabu RM3.4 Juta Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 12:44 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Empat lelaki rakyat Indonesia ditahan dan syabu bernilai RM3.5 juta dirampas di perairan Barat Daya Tanjung Tokong di sini, Jumaat lepas.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten (M) Kamaruszaman Abu Hassan berkata rampasan dan tangkapan itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah bot perdagangan tukar barang yang sedang belayar menuju Acheh, Indonesia.

"Bot yang berdaftar di Indonesia itu baru berlepas dari Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dalam keadaan mencurigakan dengan muatan 300 guni bawang merah," katanya dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap bot itu mendapati tempat simpanan bot telah diubah suai dan dadah jenis syabu seberat 16.9 kilogram itu disembunyikan di dalam petak kayu khas yang ditimbuni guni berisi bawang.

Beliau berkata pihaknya percaya dadah dan bawang itu dieksport dari negara ini untuk dipasarkan ke Indonesia.

Kamaruszaman berkata tekong dan tiga awak-awak berusia antara 32 dan 52 tahun yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan