Polis Teliti Rakaman CCTV Kediaman Ketua Menteri - Abdul Rahim

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 9:24 PM

Polis menjalankan pemeriksaan selepas kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dibaling molotov cocktail.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis telah meneliti rakaman CCTV di kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengenal pasti suspek yang membaling molotov cocktail di kawasan kediaman itu, malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, menerusi rakaman CCTV itu kelihatan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal dan berhenti di hadapan kediaman ketua menteri di Jalan Pinhorn sebelum membakar molotov cocktail dan membaling ke arah rumah berkenaan.

"Lelaki itu dipercayai berusia lingkungan 20-an dan setakat ini polis belum dapat mengenal pasti suspek berkenaan. Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

"Polis juga akan edarkan rakaman dan lakaran wajah lelaki berkenaan dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan kes itu," katanya pada sidang akhbar, di sini, Isnin.

Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling molotov cocktail ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, polis masih menunggu laporan polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan kes itu.

"Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol dan berharap ia dapat diperoleh dalam tempoh terdekat," katanya.

Pesta itu hangat diperkatakan baru-baru ini apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.

Tags / Kata Kunci: CCTV , Lim Guan Eng , molotov cocktail

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan