Lelaki Maut Selepas Kereta Rempuh Tiang Lampu Di Tokai

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 10 3/4 Jalan Kubang Jelai, Tokai, Pendang pada kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.

Mohd Hafiz Mohd Isa, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dikepala dan badan selepas tercampak berhampiran tali air kira-kira 10 meter daripada kereta.

Bapanya, Mohd Isa Mat Idris, 68, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu keluar dari rumah mereka di Taman Setia, Pendang pada kira-kira 11.45 malam untuk makan.

"Polis datang ke rumah kira-kira pukul 4 pagi tadi dan memberitahu anak saya ditimpa kemalangan," kata Mat Isa kepada pemberita di rumahnya pada Sabtu.

Mangsa, yang menjadi pembantu peniaga gerai ayam, meninggalkan seorang isteri, Nurul Hafizah Jamaluddin, 31, yang dikahwini pada Disember tahun lepas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Buluh Lima petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: langgar tiang lampu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan