Belum Ada Bukti Wanita Malaysia Sertai Isis - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 5:41 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

 

Beliau berkata, setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka.

Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan Isil, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang.

"Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid," katanya.

Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara.

"Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya... perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas di luar negara.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini," tegasnya.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan