Penganggur Sorok Heroin Celah Kangkang Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu 10, Jalan Langgar menghala ke Pokok Sena dekat sini malam Khamis.


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, dalam sekatan pada pukul 11.40 malam itu, polis turut merampas 455 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000 daripada lelaki berusia 36 tahun itu.

"Polis telah menahan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang enggan memberi kerjasama cuba melanggar anggota polis dan bertindak agresif tetapi berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu beg plastik berwarna hitam yang berisi bungkusan kertas yang mengandungi plastik lutsinar berisi heroin yang cuba disorokkan oleh suspek di bahagian celah kangkangnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, Jumaat.

Adzaman berkata, suspek yang berasal dari Alor Setar itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan bandaraya ini dan mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang.

"Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan sembilan kes jenayah dan dua kes dadah.

"Kali terakhir suspek ditahan adalah pada tahun 2008 kerana melakukan kesalahan curi motosikal dan bagi kes kali ini suspek akan ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori.


Tags / Kata Kunci: dadah , Pokok Sena , penganggur

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan