Peras Ugut, Dua Konstabel Polis Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 11:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua anggota polis berpangkat konstabel di Taman Connaught, Cheras, pada Khamis kerana disyaki memeras ugut. 

Pemangku Ketua Polis Cheras ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata, kedua-dua anggota polis itu berusia dalam lingkungan 20an dan bertugas di Balai Polis Cheras. 

Hasil siasatan mendapati kedua-dua anggota berkenaan cuba memeras ugut seorang lelaki berusia 31 tahun dengan meminta wang sebanyak RM5,000 daripadanya kerana dipercayai kereta mewah yang dipandunya tidak dibayar cukai, dalam kejadian 8 malam itu, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu turut ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan bagi peras ugut serta Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang belum lulus kastam.
Tags / Kata Kunci: konstable , peras ugut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan