Lebih Ramai Pekerja Asing Ditahan Berhubung Rusuhan Di Kulaijaya

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 4:53 PM

Seorang anggota polis cuba berunding dan menenangkan kira-kira 800 pekerja warga asing di kilang membuat komponen pemacu cakera keras yang melakukan rusuhan dan mogok kerana tidak puas hati terhadap majikan mereka di Taman Perindustrian Kelapa Sawit di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Jumlah pekerja asing yang ditahan polis berhubung insiden rusuhan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kelapa Sawait di sini meningkat kepada 49 orang.

Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, 47 warga Nepal dan dua warga Bangladesh ditahan kerana merusuh dan polis akan terus mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat dalam insiden pada Selasa lalu.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menahan pekerja asing lain yang menyebabkan gangguan awam dan kerosakan terhadap sebarang harta di sini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat itu di sini, Khamis.

Polis menahan seramai 44 pekerja asing setakat petang Rabu.

Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Nepal , Kulaijaya

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan