42 Pekerja Nepal Ditahan Dipercayai Merusuh Di Kulaijaya

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 4:23 PM

Seorang anggota polis cuba berunding dan menenangkan kira-kira 800 pekerja warga asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras yang melakukan rusuhan dan mogok kerana tidak puas hati terhadap majikan mereka di Taman Perindustrian Kelapa Sawit di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan 42 pekerja rakyat Nepal yang dipercayai merusuh dan membakar sebahagian bangunan kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit dekat Kulaijaya, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Idris Samsuri berkata, kesemua pekerja itu ditahan antara pukul 8.30 malam Selasa hingga pukul 8 pagi ini di sekitar kawasan kilang tersebut.

"Mereka akan membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata, kilang itu memberhentikan operasi sementara pada Rabu bagi membolehkan siasatan dijalankan.



Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan.

Tindakan didakwa dilakukan berikutan rasa tidak puas hati terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.

Sebanyak 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Keadaan pada awalnya berakhir dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan rundingan, bagaimanapun ia bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka bertindak membakar sebuah daripada empat blok kilang malam Selasa.


Tags / Kata Kunci: Nepal , merusuh , Kulaijaya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan