Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan Di Rumah Pam Raub

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 10:03 PM

Anggota Polis dari unit pencegahan persenjataan melakukan siasatan awal terhadap penemuan bahan letupan dan alat peletup di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, di sini lewat petang Rabu.

(Ubah saiz teks)

RAUB: Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa.

Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Stor itu terletak bersebelahan sebuah stor lain di atas bukit, di kawasan berpagar penyelenggaraan Paip dan dipercayai tertutup dengan semak samun selama ini menyebabkan kewujudan binaan itu tidak disedari.

Menurut pekerja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz, beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera memaklumkan kepada penyelianya sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Bertindak dari laporan berkenaan sepasukan anggota polis dari unit Pemusnah bom IPD Raub melakukan pemeriksaan terhadap stor tersebut dan menemui peralatan dan bahan letupan itu yang dipercayai telah lama ditinggalkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati, kawasan untuk menaiki tempat kejadian dikawal ketat oleh pihak polis dan media dilarang daripada mendekati kawasan itu.

Pasukan polis kemudian kelihatan membawa keluar alat letupan tersebut yang diisi dalam beberapa kotak ke dalam trak peronda polis sebelum meninggalkan kawasan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang Rabu.


Tags / Kata Kunci: dinamit , Bukit Kolam Air , Paip

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan