Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM1 Juta

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 4:28 PM

Pil kuda jenis 'yaba' antara yang dirampas mencecah RM1 juta.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai 'sindiket kuning' berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis 'yaba' yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun.

"Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.

"Kesemua yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 34 tahun dalam tiga serbuan serta turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM509,623 termasuk matawang Baht (Thailand)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.

Mazlan berkata, rampasan dan tangkapan itu adalah operasi bersama pasukan STING (Special Tactikal Intelligence Narcotics Group) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan.

Katanya, dalam rampasan pertama itu polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan salah seorang isteri suspek bersama seorang kanak-kanak lelaki di kawasan meletak kenderaan di sebuah pusat membeli belah di bandar ini.

"Di situ, kita merampas keseluruhan dadah berkenaan yang diletak dalam sebuah beg di dalam sebuah kenderaan," katanya.

Beliau berkata pada masa yang hampir sama, polis menahan seorang lelaki di Ketereh dan seorang lagi lelaki di Bunut Susu serta merampas semua wang tunai berkenaan termasuk barangan kemas dan beberapa buah kenderaan.

Katanya, sindiket berkenaan aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun dan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

"Salah seorang lelaki yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan berkenaan dengan salah seorang daripada mereka turut positif dadah," katanya.

Kesemua tahanan direman sejak dua hari lalu sehingga Sabtu dan akan dituduh mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatorim jika sabit kesalahan.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat saki baki kumpulan itu yang lazimnya menggunakan kenderaan kuning.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan