Polis Sabah Tahan 'Along' Berumur 18 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau Along.

Ketua jabatan itu Superintendent Saiman Kasran berkata lelaki berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Baharu itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Penampang pada Jumaat lepas.  

"Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Saiman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sekiranya kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan. 

Beliau berkata polis menerima aduan daripada seorang kontraktor lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya diganggu oleh 'Along' berhubung pinjaman wang yang dibuatnya sejak Mei lepas.  

"Menurut aduan pada 19 Ogos lepas, pengadu mendakwa meskipun banyak hutang telah dijelaskan olehnya tetapi 'Along' tersebut masih lagi datang menagih hutang daripadanya," katanya. 

Saiman berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kegiatan Along supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di talian 088-454690 atau mana-mana balai polis.

Sementara itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki polis iaitu Amar Izzudin Abdul Majid, 25, yang beralamat di Blok A18-06, Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, 50400, Kuala Lumpur.

Beliau berkata lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai 'Ku Iskandar Ku Fais' disiasat berhubung beberapa kes penipuan pelaburan emas daripada institusi kewangan di Kudat yang membawa pulangan wang lumayan.

Katanya, setakat ini, terdapat lima kes yang sama dilaporkan di Kudat dengan nilai kerugian sebanyak RM26,400 dam suspek dipercayai masih berada di Kota Kinabalu atau Kudat.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haslina Hasan (H/P 0195507373) atau Balai Polis Kudat 088-612222 dengan segera, katanya. 

Tags / Kata Kunci: Pinjaman Along , Sabah

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan