'Kita Akan Tangkap Muktadil Bersaudara' - Pesuruhjaya Polis Sabah

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 5:20 PM

muktadil

Muktadil bersaudara.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis.

"Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

"Kita akan tunggu mereka, dan jika mereka kembali, kita akan menangkap mereka," kata Jalaluddin.

Pada Sabtu, polis mengenal pasti dua daripada tiga penceroboh itu yang merupakan Muktadil bersaudara iaitu Badong dan Nilson.

Mereka dipercayai memasuki Sempoerna sebagai pendatang asing tanpa izin dan mungkin mahu menguji kekuatan pasukan keselamatan yang memintas mereka antara Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga.

Kumpulan penculik bersaudara itu (di mana bapa mereka yang  sudah meninggal dunia merupakan lanun terkenal) dan seorang lagi rakan sejenayah berjaya melarikan diri.

Menurut polis, Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dalam kes penculikan membabitkan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina, Marcy Darawan, 40, di Singgamata pada 2 April lalu.

Pasukan keselamatan melancarkan satu operasi besar-besaran di udara dan perairan untuk memburu mereka berikutan insiden yang berlaku pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Muktadil , Jalaluddin Abd Rahman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan