Bayi Lelaki Dijumpai Dalam Beg Kertas Di Tapak Pembinaan

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 11:27 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dijumpai dalam satu beg kertas yang ditinggalkan di depan pintu utama sebuah projek pembinaan di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata, bayi berkulit cerah itu ditemui pekerja tapak pembinaan berkenaan pada kira-kira 11.30 pagi, disyaki baru ditinggalkan berikutan keadaannya yang masih elok.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 11.45 pagi dan tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan sengaja diletak di depan pintu utama kerana ia tidak beroperasi serta dikunci setiap Ahad.

"Ketika dijumpai, bayi berada dalam keadaan sempurna, elok dan dibalut dengan sehelai tuala merah... usia bayi itu kita sedang periksa, dan kita hantar bayi itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

"Dalam pada itu, polis sedang menyiasat dan mencari siapa ibu dan bapa kandung bayi tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Azisman juga berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: bayi dijumpai

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan