Pasangan Suami Isteri Merompak, Menyamar Pegawai Rela Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri ditahan dipecayai menjalankan kegiatan merompak dengan menyamar sebagai pegawai Rela.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, kedua-duanya mereka yang biasanya menjadikan warga asing sebagai sasaran akan bertindak menakut-nakutkan mangsa sebelum melakukan rompakan.

"Pegawai kami sedang membuat rondaan apabila mereka ternampak pasangan di dalam sebuah kenderaan yang mencurigakan.

"Sebaik sahaja pegawai kami mendekati mereka, mereka cuba melarikan diri, tetapi kami berjaya menangkap mereka," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis negeri di sini, Khamis.

Beliau menambah, menambah lelaki itu berusia 22 tahun manakala isterinya 17 tahun.

"Kami merampas beberapa barangan dari kenderaan pasangan itu termasuk pistol mainan, tiga bilah pisau, pelbagai peralatan pecah rumah, pakaian seragam Rela, sepasang gari, komputer riba dan pelbagai kad ATM dan kad pengenalan.

"Kami juga mendapati bahawa kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan kedua-duanya juga didapati positif dadah," katanya. 

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960. 

"Berikutan penangkapan ini, kami percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah dalam kes-kes di kawasan Johor Baru Selatan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Rela

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan