Tiga Suspek Kes Tembak Rumah Soon Koh Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Tiga Suspek Kes Tembak Rumah Soon Koh Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Polis menahan tiga lelaki berkaitan dengan kes tembak kediaman menteri kabinet Datuk Seri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh Khamis lepas. 

Tiga lelaki berumur 26, 29 dan 57 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong 6, Rejang Park di pukul 12:05 pagi Selasa. 

Kesemua mereka merupakan penganggur.

Lelaki 57 tahun, yang lumpuh di sebelah kanan tubuhnya, merupakan bapa kepada suspek yang berusia 26 tahun. 

Polis turut merampas beg yang mengandungi dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 semasa penangkapan itu. 

Suspek menunjukkan polis lokasi senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kes ini.

Ketiga-tiga dijangka ditahan reman pada Rabu. 

Dalam kejadian Khamis lalu itu, tembakan dilepaskan di rumah Wong oleh penumpang kenderaan pacuan empat roda yang telah berhenti di kawasan rumah itu.

Soon Koh merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak

Beliau keluar Barisan Nasional dan  membentuk Parti Bersatu Rakyat (UPP).


Tags / Kata Kunci: tembak , Wong Soon Koh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan