Polis Tumpas 'Geng Nose' Aktif Samun Kedai Serbaneka

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 11:49 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menumpaskan 'Geng Nose' yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang, dengan penahanan empat anggota geng itu dalam dua serbuan di Kampung Padang Jawa di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata siasatan terhadap suspek berumur antara 20 hingga 33 tahun itu mendapati mereka melakukan kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam sejak dua tahun lepas.

"Berikutan tangkapan tersebut, polis merampas beberapa barangan yang digunakan untuk menyamun seperti topi keledar, parang, dan jaket.

"Kami masih menjejaki lagi empat orang anggota kumpulan "Geng Nose" yang masih bebas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, Rabu.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Azisman berkata polis berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah di sekitar Shah Alam apabila berjaya menahan seorang suspek berusia 30-an di Klang pada Isnin lepas.

Katanya, suspek diberkas kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila ditahan ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai digunakan untuk melakukan kes pecah rumah.

"Suspek juga membawa polis ke beberapa buah kedai pajak gadai di kawasan Klang yang dipercayai membeli kesemua barang curi daripada suspek," katanya.

Azisman berkata modus operandi suspek adalah bergerak secara bersendirian dan menyasarkan pangsapuri dan kondominium yang tidak berpenghuni bagi melakukan kegiatan pecah rumah.

Katanya, suspek yang telah berumahtangga dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak lima tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: Kedai Serbaneka

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan