Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ditinggalkan Lebih 8 Jam Dalam Kereta

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 11:41 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta bapanya lebih lapan jam di Kuala Nerang pada Rabu.

Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu.

"Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya bapa kanak-kanak itu terus membawa anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Nerang dan doktor di hospital itu mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan