Pemburu Maut Terkena Peluru Rakan

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki maut selepas terkena serpihan peluru yang ditembak rakan ketika kedua-duanya berburu babi hutan di sebuah kebun kelapa sawit di Pasir Garam, Kampung Gajah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata mangsa, Mohd Sarjidi Ibin berumur linkungan 50-an dan suspek, 55, yang merupakan rakannya ke kebun terbabit untuk memburu babi hutan kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa.

Ketika kejadian suspek dikatakan telah menembak seekor babi hutan, sebelum mangsa terkena serpihan peluru daripada tembakan itu, katanya"Suspek melihat Sarjidi rebah ke dalam semak dan mendapati kepala mangasa berdarah. Suspek dikatakan telah membawa ke Hospital Changkat Melintang.

"Mangsa bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 12.01 tengah malam hari kejadian," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, Rabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Tags / Kata Kunci: Polis , Ipoh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan