Kerjasama Interpol Berjaya Kesan Peserta Bogel

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 6:33 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata kerjasama yang diperoleh daripada Interpol negara-negara terlibat berjaya membantu polis mengesan mereka yang disyaki dan membuatkan mereka tampil bagi membantu siasatan kes itu.

"Interpol Singapura banyak memberi bantuan termasuk maklumat kepada kami untuk membantu siasatan kes ini dan setakat ini dua rakyat negara itu tampil menyerah diri.

"Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan baki empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Thaiveegan ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang baharu iaitu Supt Wan Hassan Wan Ahmad yang menggantikan ACP Shafien Mamat.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.

Setakat ini sembilan individu terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Thaiveegan berkata kertas siasatan kes itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara dan polis kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya.
Tags / Kata Kunci: Sukan Bogel , Pantai Teluk Kampi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan