Jenazah Mangsa Runtuhan Konkrti MRT Diterbangkan Ke Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah ketiga-tiga mangsa runtuhan kejadian blok konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) dijangka diterbangkan ke Bangladesh pada Khamis.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Amir Mahmood Razak berkata kesemua waris dan keluarga mangsa di Bangladesh telah dihubungi dan akan menyambut ketibaan jenazah.

"Jenazah mangsa akan diterbangkan esok pagi sebaik saja MRT mendapat kelulusan untuk dibawa pulang ke sana daripada Kedutaan Bangladesh di sini," katanya.

Dalam kejadian malam Isnin lepas, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam.

Pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Amir Mahmood berkata pihak pengurusan MRT mengadakan majlis Tahlil malam semalam dan akan mengadakan solat jenazah ghaib esok di kawasan penempatan pekerja MRT, berhampiran dengan kejadian lokasi.

"Pihak pengurusan MRT telah diberi tempoh seminggu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk melengkapkan siasatan dan kini penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut sama menyiasat punca sebenar kejadian runtuhan konkrit itu," katanya. 


Tags / Kata Kunci: MRT , Bangladesh

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan